Perisytiharan naik takhta Charles III

Charles III menaiki takhta United Kingdom dan alam Komanwel yang lain selepas kemangkatan bondanya, Elizabeth II, pada petang 8 September 2022. Penggantian diraja di United Kingdom berlaku sebaik sahaja kemangkatan raja yang memerintah. Pengisytiharan rasmi diadakan pada 10 September 2022 jam 10:00 BST. Pada hari itu, Majlis Kenaikan Takhta (Accession Council) berkumpul di Istana St James di London. Susur-galur penggantian adalah sama dalam semua alam Komanwel, tetapi gelaran diraja seperti yang dinyatakan tidak sama di dalamnya.


Developed by StudentB